[Ahlan Wasahlan]

Selamat Datang (^_^)

1 Bulan 1 Adab (Updated)

Tuesday, November 10, 2009



Aku belajar apa itu kaunseling
Aku belajar apa itu fasa perkembangan kognitif manusia
Aku belajar apa itu psikologi manusia dan teori-teorinya
Aku belajar apa itu, ini dan segala macam... dan
Aku terus belajar...

Dalam aku mendalami ilmu-ilmu yang seperti tertera di atas, aku faham akan betapa sukarnya untuk mengubah sikap buruk/ tidak sihat/ kecelaruan adab segelintir golongan yang bergelar manusia. Tapi aku percaya bahawa mereka bisa berubah daripada yang tidak baik kepada yang baik, 'kan?

Sebagai contoh, 'The Fun Theory' di atas membuktikan bagaimana orang yang malas menggunakan tangga bisa merubah sikap malas mereka (menaiki escalator) apabila wujud suatu agen perubah yang mampu memberikan keseronokan kepada mereka.


Justeru, aku ingin menyeru sahabat-sahabat sekalian. Marilah kita bersama-sama menjayakan fenomena kempen yang aku kira akan merubah sikap dan kecelaruan adab di kalangan masyarakat marhaen menerusi blog ke blog. (Mahu gunakan Facebook pun boleh)

Bagaimana? Fenomena kempen ini akan dijalankan secara maya dengan menghubungkan para blogger untuk menulis entri berkaitan dengan SATU adab yang akan dipromosikan pada setiap bulan yang berbeza
. Setiap bulan satu tema (adab) akan diberikan.



Semua entri akan disenaraikan dalam blog GPTD untuk tujuan pembacaan lanjut oleh pendokong kempen ini. Sila rujuk blog rasmi GPTD untuk keterangan lanjut.


"Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang yang fasik" (ali-Imran 3:110)



p/s: Jom sama-sama memeriahkan usaha dakwah ini; Rahmatan lil 'Alamin =)


7 comments:

alif zai mim ra said...

dah biasa dah naik tangga. :P

bintang timur said...

salam..teruskan usaha murni ini.adab,budi bahasa,adalah budaya kita.

1 adab..1 akidah.

3p4h said...

To alifzaimimra: Tangga satu hal achik, hak yg lain? He5... Jom kita naikkan kmbali adab n aqidah bersama.


To bintangtimur: Wslm. Insyallah sama2 kita meneruskn usaha murni ini. =)

alif zai mim ra said...

bisa..bisa..

tips: sekali buat mmg kita rasa pelik..tapi lama2 buat nanti dah biasa la. ;)

3p4h said...

Great~ Sok xm, so lusa insyallah akn ada entri Terima Kasih itu =)

zahidzuhri said...

Great campaign! Teruskan usaha memakmurkan bumi Allah dengan usaha2 dakwah :) tp it is best kalo usaha pemurniaan akidah diberi prioriti dahulu,then the others will come,what do u think?

ainShahajar said...

lama tak bace blog kwn2..

jom sertai..!!